Selasa, 10 November 2009

Sejarah Penubuhan Sekolah


Sekolah Rendah Agama Ghufran telah dibuka pada 3 Januari 2001 dengan blok bangunan yang terdiri daripada 6 buah kelas dan terletak di Lot 3479 Kg. Sahari, Blok 3, Simpang Renggam. Luas kawasan sekolah ini ialah 2.5 ekar.

Cetusan idea penubuhan sekolah adalah dari beberapa ahli HALUAN untuk menyahut slogan Mendidik dan Berbakti. Sehaluan dengan itu, penubuhan sekolah adalah satu projek ke arah merealisasikan hasrat tersebut.

Sekolah merupakan sebuah institusi yang boleh melaksanakn konsep pendidikan sepanjang hayat dan seterusnya menjadi salah sebuah tempat para sukarelawan untuk berbakti

Pada awal penubuhan,seramai 39 orang murid tahun 1 sahaja dan seramai 3 orang guru. Kelas tahun 1 telah dibahagikan kepada 2 kelas dan rata-rata muridnya datang dari Simpang Renggam. Pada tahun 2007, jumlah murid telah meningkat seramai 167 orang.Jumlah guru seramai 15 orang dan seorang pembantu tadbir telah ditempatkan di sini.

Tedapat kemudahan fizikal merangkumi bangunan akedamik, surau dan kantin. Selain itu terdapat juga sebuah padang dan asrama bagi penempatan pelajar

1 ulasan:

  1. da 16 tahun da Ghufran membangon....pd tahun 2001...tyme tu k.my n kawan2 darjah 1...first batch la katekan....hehehe...kitorg syok sangat sebab tyme tu kitorg je yg ade kat ghufran....

    BalasPadam